Assalammualaikum wbt. hai darlings! Hari ini Faten nak buat ulangkaji sedikit berkenaan SET ASAS dan SET LENGKAP. ramai lagi yang mesej bertanya.
Saya nak beli BE je, kenapa perlu set lengkap?,
Perlu ke detox-detox bagai?
Set asas? ambik terus BE tak boleh ke?
Ramai mesej, saya nak cantik macam Adira. uhuk! Faten pon nak cik kak
semua oii. Tapi faham lah, bukan sebulan dua Adira makan, bukan sekotak
dulu Adira telan, dan paling penting bukan BE je Adira ambil.
Pelanggan mesej saya, saya nak beli BE,
bagaimana? Saya selalu akan reply bersama saranan untuk tambah SNE dan
Excel Tea. Selepas tu bermula la sesi membebel
konsultasi, saya takde niat langsung hendak membazirkan wang anda. Saya
cuma mahu berkongsi apa yang sepatutnya anda tahu dan anda boleh buat
keputusan yang terbaik untuk kesihatan, kecantikan dan paling penting
NILAI wang anda. Yup, BE bukan murah. Tapi, berbaloi-baloi. Dan
berbaloi-baloi bila hanya anda makan dengan cara yang betul! Saya
sehingga sekarang ini merasakan SNE dan Excel Tea produk yang TERBAIK.
Apabila saya menilai mesej-mesej pelanggan saya, satu dapat simpulkan
satu perkara iaitu; masing-masing hendak cantik, putih gebu, wajah mulus
dan berseri-seri. Ya, inilah impian semua orang, tak kira jantina. Tapi
masing-masing tak faham PUNCA mengapa kita jadi tua sebelum usia, wajah
berjerawat, kulit kusam, tona kulit tidak sekata, jeragat dan
pigmentasi. Selain muka, kulit yang meliputi seluruh tubuh juga menjadi
petunjuk penting tentang kesihatan seseorang.
- Kulit bertukar menjadi kuning : kemungkinan penyakit hati.
- Tapak tangan yang lembap dan hangat : kemungkinan tekanan dalaman yang berlebihan atau hipertiroidisme.
- Tapak tangan yang lembap dan sejuk : kemungkinan masalah kerisauan
- Kulit yang sangat kering : kemungkinan gangguan tiroid kronik
- Warna kulit yang gelap atau bertompok-tompok hitam : kemungkinan kekurangan rembesan adrenalin
- Rasa gatal yang taj tertahan : kemungkinan alergi atau wujudnya jangkitan parasit usus
- Kehadiran xantoma yang mengiringi mendapan lemak pada kulit : kemungkinan masalah metabolik hati dan kolestrol
- Kemunculan spider naevi (urat) pada tubuh dan anggota badan atas, terutamanya muka, lengan dan sebagainya: fungsi hati yang lembap
- Blackhead : berkaitan fungsi saluran pencernaan dan tabiat pemakanan
- Hiperpigmentasi kulit secara keseluruhan, kulit yang meliputi sendi kelihatan gelap : kemerosotan fungsi kortikal oleh kelenjar adrenal (hipofungsi adrenal)
- Kulit yang pucat dan kusan dengan penghasilan melanin yang berlebihan : dikaitkan dengan disfungsi endokrin.
Mengikut konsep gabungan sains perubatan moden dan teori perubatan
China, tubuh badan manusia merupakan satu jasad organik keseluruhan.
Apabila sesuatu bahagian daripadanya mengalami perubahan patologik, maka
rawatan haruslah dibuat pada seluruh badan. SNE merupakan pati yang
diekstrak daripada lebih 20 tumbuhan semulajadi untuk menampung
keperluan zat badan manusia. Secara bahasa mudahnya, badan kita menjadi
"rosak", sakit dan hilang keupayaan sebenar akibat kekurangan nutrien
yang diperlukan oleh setiap sel badan, organ dan sistem badan berfungsi
secara optimum dan ideal. Jadi, SNE membekalkan nutrien yang mencukupi
untuk memenuhi keperluan badan kita. l.
Setiap unsur dalam kapsul SNE telah disahkan sebagai makanan kesihatan
berfungsi oleh pihak berkuasa kebangsaan. Sebagai contohnya, asid lemak
tidak tepu menyeleraskan lemak darah, lesitin mengelakkan penyakit
kardiovascular dan serebrovascular, pelawas mengelakkan masalah
sembelit, vitamin kompleks dan unsur kompleks mengisi semula nutrien
keperluan badan dan sebagainya. Pati semulajadi SNE menggabungkan semua
nutrien di dalam satu kapsul. Anda nilaikan sendiri, mahal ke sekotak
SNE untuk keperluan nutrien anda yang menyeluruh? Jika brand lain, anda
perlukan vitamin A hingga Z, itu dan ini, berbotol-botol, tapi dengan
SNE cukup dengan satu kapsul!
Soalan cepucemas pelanggan-pelanggan saya.
Bagaimana SNE membantu dalam pemeliharaan kecantikan wajah?
SNE mengandungi pelbagai jenis kandungan pemeliharaan kulit
seperti asid lemak bebas, karbonat, sitosterol, fosfolipid, VE, VA dan
karotinoid yang disahkan berpuluh-puluh kali lebih berkesan jika
dibandingkan dengan produk penjagaan kulit yang biasa. Asid lemak bebas
yang terkandung dalam SNE mudah diserap oleh kulit, mengekalkan paras
asid yang lemah pada kuly dan mengelakkan pertumbuhan kulat. Asid
linoleik dan asid linolinik dalam SNE mempercepatkan kadar peryembuhan
luka dan menyelaraskan hormon dalaman. Karbonat pula menghalang
penyejatan kandungan air pada permukaan kulut, membekalkan zat makanan
kepada kulit dan meningkatkan kesihatan kulit. Sitosterol memperbaiki
peredaran darah kulit. Fosfolipid membentuk lapisan perlindungan yang
mengelakkan sejatan air, mengelakkan ancaman bahan asing dan mempunyai
kesan penyelarasan haba dan anti-oksida. Oleh itu, memakan dan menyapu
pada bahagian muka dalam jangka masa panjang dapat mencantikkan kulit
disamping menghilangkan bintik-bintik kulit dan kedut. Ia menjadikan
kulit anda lebih berseri, anjal dan kelihatan lebih muda.
Bagaimana SNE harus digunakan untuk mendapat faedah yang optimum?
Pembungkusan SNE dalam kapsul lembut membolehkannya melarut sebaik
sahaja ia memasuki perut manusia. Oleh sebab setiap kapsul SNE
mengandungi unsur-unsur aktif, maka ia patut diambil bersama air yang
bersuhu lebih rendah daripada 50 darjah celcius. Waktu yang sesuai untuk
pengambilan SNE ialah pada 40 minit sebelum sarapan dan waktu sebelum
tidur. Pengambilan SNE tidak mewajibkan sebarang pantang larang makanan
mahupun berkonflik dengan ubat yang lain. Namun, demi memperoleh kesan
SNE yang paling optimum, anda dinasihati menjarakkan masa pengambilan
ubat lain selama 30 minit.
Ada side-effect tak?
Bukan side-effect, tapi tindak balas positif atau tindak balas
penyelarasan mengikut perubatan Cina. Ia berlaku akibat daripada
aktiviti pemulihan terhadap organ-organ yang telah berhenti berfungsi
atau semasa penyingkiran toksik dalam badan. Tindak balas penyelarasan
memnpunyai kesan detoksifikasi yang lebih kuat. Selepas menggunakan SNE,
ia kan bertindak di dalam tubuh badan dan menghapuskan radikal-radikal
bebas, virus dan bakteria yang wujud dalam tubuh badan, sebelum
menyingkirkan toksik-toksik ini melalui kulit dan najis. Semasa
pemusnahan bakteria dan detoksifikasi ini, sesetengah pesakit akan
mengalami pelbagai jenis masalah termasuk tidur berlebihan, kekurangan
tidur, penambahan pembuangan najis, warna air kencing menjadi gelap atau
gatal-gatal kulit. Kesemua ini adalah tindak balas yang baik. Namun,
keadaan tindak balas ini tidak lama. Biasanya tindak balas penyelarasan
akan berlaku dalam temph 1-6 hari selepas mengambil produk ini dan akan
hilang dalam tempoh seminggu. Jangka masa tindak balas berbeza antara
individu. Sesetengah orang akan mengalami tindak balas sehingga
penyakitnya sembuh. Sekiranya tindak balas penyelasan ini bertambah
tenat, anda boleh menyelaraskan dos. Anda juga perlu meminum air yang
banyak setiap hari, tetapi jangan sesekali berhenti mengambil SNE.
Excel Tea untuk apa?
Best sangat Excel Tea ni bagi saya. Kalau saya rasa saya dah banyak
makan merapu, saya akan bersihkan dalaman badan saya dengan minum tea
ni. Minum suam-suam, sangat best. Pastinya masalah pembuangan saya
lancar, tanpa sembelit. Mesti hari-hari mau membuang. Ada juga pelanggan
yang share tentang mereka jarang sangat membuang. Bahaya ni. Kenapa?
Badan kita hari hari menghimpun toksik, kalau tak membuang toksin tu
simpan kat mana? Toksin inilah yang menyebabkan pelbagai lagi penyakit
kritikal. Hmm. Apabila darah kita dah bersih, SNE yang kita makan akan
mudah diserap dan penyerapan menjadi 100%. Rugi lah kan kalau hanya 60%
yang diserap. Bagi yang rasa perut dia comel pon, saya menyarankan
minumlah Excel Tea. Anda kan rasa perut anda menawan selepas itu.
hehehehe
Sebab itulah saya sarankan sangat ambil sama ada SET ASAS (SNE & EXCEL TEA) atau
SET LENGKAP (SNE, EXCEL TEA dan BEUTSKIN) atau SET SNE & BE. Kalau
rasa tak cukup bajet, mulakn dahulu dengan SET ASAS. Kalau rasa ada
bajet, terus mulakan dengan SET LENGKAP. Semuanya flexible dengan
kewangan anda. Dan perkara utama perlu niat memakan produk ini untuk
lebih sihat. Bila lebih sihat, kita mampu berkerja, mampu menjaga ahli
keluarga kita dan paling penting mampu beribadah kepada ALLAH SWT.
Insyaallah.
No comments:
Post a Comment